shahirlamin.Blogspot.com

Blog Saya ;)



ShahirLamin Blogspot

16 December 2013

Sayang akan tetap selamanya dihati abang


Teringat lagi saat pertama kali aku melihat dia .. mata aku terpukau dan aku terpaku seketika ..
kami tidak pernah kenal antara satu sama lain .. tetapi kami boleh terima sikap2 antara satu sama lain.
banyak kenangan aku dengan dia .. xmudah untuk aku lupakan .. setiap detik kenangan itu sntiasa bermain di fikiran aku ..
haaa aku masih ingat lagi waktu mula kenal dia .. dalam hati aku nie teringin la nak ajak dia keluar supaya dapat la kenal lebih rapat ..
aku pon ajak dia keluar .. tapi dia segan nak keluar berdua la .. xpa aku pon cuba lagi .. aku ajak keluar lagi tapi keluar beramai2 .. dia pon setuju .. lepas2 peristiwa tu baru la selalu aku dapat keluar berdua dengan dia .. xkeluar jauh mana pon .. depan poli ja .. itu pon jalan kaki ja .. lenguh kaki nak jalan kedepan tu .. tapi sbb cinta aku tabah juga berjalan kedepan .. kalau dia boleh tahan xkan aku xboleh .. haha ..
terlalu bnyak kenangan .. susah untuk aku lupakan
ade kenangan tu waktu hari raya .. tahun2 yang lepas kalau aku nak beli baju raya semua pergi beli dengan family
tahun nie pergi beli dengan buah hati woo .. haha .. tapi serius aku rasa gembira sngat waktu .. kami sibuk bincang kan nak kaler ape .. baju mcm mana dan macam2 lagi la .. dah mcm nak beli baju kawin pula .. hehe
ade kenangan yang best lagi .. waktu pergi rumah dia dan tido sana .. perrgghhhh kecut perut aku ..
ikut hati pikir 4.5 kali tu .. nak pergi xnak .. nak pergi xnak .. tapi pergi juga aku .. sebab dia betul2 nak aku datang rumah dia .. jumpa mak ayah dia .. keluarga dia semua .. aku buang rasa segan dan takut hanya kerana dia ..
aku gembira selama dia bersama aku .. aku bahagia selama dia bersama aku .. jujur aku katakan ..
dia pernah hidup susah senang dengan aku ..
ade sekali tu dekat2 nak habis semester .. kami kekurangan duit belanja .. kami guna kan duit yg ade sebaik mungkin ..
dia begitu tabah bersama aku .. walaupon aku xmampu nak bagi dia kekayaan .. walaupon aku gagal dalam nak bahagiakan dia .. tapi aku sayang dia sangat2 ..
tapi sekarang semua nya dah berubah .. dia dah x ikut nasihat aku .. dia dah mula buat sikap dia yang lama .. dan dia dah benci kan aku sangat2 .. dia berkata kasar pada
xtau la salah aku atau salah dia .. tapi bagi aku semua nie atas salah kami berdua
aku bole lihat sayang dia pada aku sudah hampir hilang .. yang ada sekarang hanya la benci .. mungkin dah ade lelaki yang muncul membuatkan dia bahagia .. aku dah pon xbermakna lagi ..
aku xmengharapkan semua ini berlaku .. aku xnak semua ini berlaku ..
tapi percintaan ini xkan berjaya kalau seorang sayang dan seorang lagi benci ..
aku harap dia kekal dengan aku tapi kalau dah takdir dia nak pergi dari aku .. aku pasti akan merasa kan perit hati ini .. tapi aku akan cuba utk terima nya .. cuma akan mengambil masa ..
segala nasihat yang aku beri pada dia .. segala perkara yang aku melarang dia .. semua itu aku lakukan kerana aku xnak dia berada dalam kesusahan .. aku xnak dia sengsara mcm mana aku pernah rasakan .. semuanya angkara kawan .. kawan karib xsemestinya akan baik dengan kita selamanya .. smpai masa dia akan pijak kita atas sbb kepentingan dia .. sebab itu aku cuba utk kawal dia supaya dia x rasa ape yg pernah aku rasakan ..
mungkin cara aku silap dan dia xbole nak terima cara aku .. xpa la ..
kalau sekarang dia rasa aku berharga pada dia .. dia akan hargai aku mcm mana dia pernah buat waktu mula kami rapat .. kalau sekarang dia rase dia dah benci aku .. dia akan buat xtau dekat aku dan biarkan apa pon nak jadi dengan hubungan kami .. aku dah cuba untuk selamatkan .. tapi mesej yang aku hantar dia hanya membalas bye .. jika kasih sayang yg abang berikan hanya mmbuat kebencian pada sayang .. abang merendah diri mintak maaf banyak2 pada sayang .. terima kasih untuk segalanya ..

Kami bersama

01 June 2013

Rindu Ku


Rindu
Rindu itu anugerah kurnian daripada ALLAH
 Setiap manusia yang berhati nurani punya perasaan rindu

Cinta dan rindu itu bermula daripada ADAM dan HAWA
Di kisahkan YUSUF dan ZULAIKHA
Di abadikan SHAH JEHAN dan MUMTAZ SHAH
Diberikan pula ROMEO dan JULIET
Di ceritakan RAMA dan SITA
Di lakonkan oleh LAILA MAJNUN
Dan kini KITA pula meneruskan nya

Sungguh bahagia insan yang telah menemui CINTA dengan RINDU sejati
Ibarat TASBIH dan BENANG pengikatnya
Terajud menjadi UNTAIAN
Yang akan selalu disentuh satu demi satu oleh insan mulia
yang bibirnya basah akan cinta kepada ALLAH

Mungkin KHILAF Abang terlalu memaksa Sayang
Di sebabkan Rindu yang tak dapat ditahan
Rindu yang hadir kerana kasih sayang
Rasa Sayang abang kepada sayang

YA ALLAH jagakan lah calon penuntun Syurga KU

ALLAH selalu memberi kasih yang sempurna pada kisah kita
Ketika kita melihat bertapa indahnya kisah orang lain
Sesungguhnya kita MAMPU membuat kisah kita
Lebih indah daripada sesiapa

Abang Sayang Syg selamanya ..
Cinta abang hanya untuk sayang

# 1 June 2013 # 8.56 PM #

24 May 2013

Aku Jatuh Cinta !!!!


Kehadiranmu memberi seribu erti
Kehadiranmu memberi kekuatan dalam diri
kehadiranmu memberi kebahagian dalam diri

Hadirmu tak ku duga
bertemu , bercinta dan bersama
membina kebahagian bersama-sama

Keperibadianmu mencuri hatiku
Kebaikkanmu menyentuh jiwaku
Kecantikkanmu melemahkan diriku

Akan ku pelihara cinta ini
Akan ku jaga perhubungan ini

Kerana diriku sayang kepadamu !!!

Dikau tanggungjawab ku dan amanah dari ALLAH :)

~ SH ~
100% Dari hati ini .. Tiada kopi dan pasta ;)

I Give You My Heart


Love you

21 May 2013

Luahan Hati Ini !!


Hidup !!
Ape itu hidup ??
Aku masih tidak mengetahui ape itu kehidupan.
Ade yang mengatakan untuk meneruskan kehidupan kita memerlukan orang yang kita sayangi.
Ade yang mengatakan dalam kehidupan kita perlu menyayangi orang yang menyayangi kita.
Hampir memasuki 21 tahun aku menjalani kehidupan.
Di lahirkan di bandar metropolitan kuala lumpur dan dibesar di kampung tempat kelahiran ibunda ku.
Aku cuba mencari kehidupan aku yang sebenar.
Merantau ke sana ke sini tanpa tujuan.
Pelbagai ragam dan kerenah manusia aku melihatnya.
Aku tidak pernah mengenal erti sebuah kasih sayang.
Dari kecil aku sering dipersalahkan atas kesilapan orang lain.
Aku tidak pernah menyalahkan siape-siape pon.
Mungkin kesilapan itu datang dari diri ku sendiri tanpa aku sedar.
2013 tahun yang bermakna buat aku.
Saat itu aku mula menjumpai hala tuju ku.
Aku mula memahami erti kehidupan.
Aku mula mengenali erti sebuah kasih dan sayang.
Sebuah Permata hadir di depan ku dengan membuka pintu hati ku.
Mengenali , Menyayangi dan Merindui silih berganti tanpa mengira hari.
Aku cuba memahami hari demi hari permata yang hadir didepan ku ini.
Aku tabah dan cekal sambil melemparkan senyuman supaya permata yang hadir sentiasa tampak berseri.
Aku sedar aku tidak punya ciri-ciri seorang pemilik permata yang berseri.
Melihat kan kepada diri ini tidak mungkin permata yang hadir ini dapat aku miliki dengan ciri-ciri diri ku ini.
Tetapi aku tetap sabar menanti.
Kerana permata ini yang sering memberi cahaya untuk menerangi diri ini walaupun kadang kala cerah kadang malap.
Kerana permata ini aku mula mengenali erti kasih dan sayang dalam diri ini.
Orang mengatakan aku Bodoh sebab tidak pernah putus asa menanti permata yang tak pasti.
Tetapi aku sentiase yakin pada diri.
Jika tujuan kita benar beristeri.
Jika tujuan kita jujur nak mengenali.
Jika hati kita ikhlas nak memperolehi.
Dengan izin Allah pasti kita akan memiliki.
Tetapi aku selalu berharap permata yang ada ini akan sentiasa menghargai kehadiran diri ini.

# 4:40 AM | 21 MAY 2013 #

18 May 2013

Ikhlas Untuk Awak !!!


Siti Hajar,
Satu nama yang bisa melembutkan jiwa ku yang perkasa. Kau mempunyai kuasa yang luar biasa wahai insan yang bergelar Hajar ..
Wahai Siti Hajar,
Saat aku menulis warkah ini, di hati ini penuh rasa cinta kepadamu... Cintakan ketaqwaanmu, cintakan ketaatanmu, cintakan agamamu, cintakan jiwamu yang mencintaNya.... Bukan sengaja untuk aku mencintaimu, wahai Hajar ..... Tapi inilah anugerah yang diberikanNya kepadaku untuk aku menyayangi kaummu ..
Wahai Siti Hajar,
Saat aku mencurahkan rasa hati ini, tidak putus rasa bimbang ku kepada dirimu dan kaummu.... Baginda telah berpesan kepada kaummu agar sentiasa berwaspada dalam setiap tindakan kerana kaummulah yang mudah untuk menghuni neraka.... Tapi ingatlah wahai Hajar, Dia maha adil.... Dia telah mengurniakan 1001 kemuliaan kepadamu..
Wahai Siti Hajar,
Aku menulis warkah ini khas buatmu.... Dengan pena dan tinta yang ada inilah aku curahkan segala rasa cinta yang ku pendamkan selama kita berjauhan.... Pena itu adalah diriku, dan tinta itu ialah cintaku.....
Wahai Siti Hajar,
Harapanku agar kamu terus berada dalam redhaNya..... Jadilah hambaNya yang sentiasa mendapat rahmat dariNya..... Akan ku setia menanti dirimu walau di mana saja kamu berada tika ini..... Dan akan ku pelihara cinta ini hanya untukmu......

#sejujurnya saat diri ini menulis warkah ini, mengalir tangisan di dalam hati....  tangisan kebimbangan, Kerisauan dan sayangnya ku pada dirimu #
waallahu'alam

~ Siti Hajar Binti Abdul Aziz ~

03 May 2013

Perpisahan Ini Biarlah Seketika


Banyak kenangan bila saya bersama awak .. saat suka , saat duka awak bersama saya .. jujur saya katakan saya gembira bila bersama awak .. kita keluar makan bersama .. kita berlajar bersama .. kita jogging bersama .. kita keluar jalan2 bersama dan kita beridah di tasik bersama2 .. kita banyak ketawa bersama , sedih bersama dan kadang2 saya merajuk dengan awak .. awak tabah untuk pujuk saya walaupon hati saya nie degil .. awak x pernah sesekali putus asa untuk buat saya senyum kembali .. Bila bersama awak saya suke tengok senyuman awak .. sepanjang kita bersama saya harap awak maafkan salah silap saya jika ade terguris hati awak, buat awak bersedih, buat awak marah tapi bile awak marah kan comeyyy angaattttt .. saya harap ini biarlah perpisahan seketika buat kita .. harap kita bertemu kembali , bersama kembali macam saat2 gembira kita bersama .. saya tak boleh lupakan awak dan tak nak lupakan awak sampai bila2 .. :)

Siti Hajar Binti Abdul Aziz

19 March 2013

Hati Berputik !!


Ha tiba-tiba sekarang nie rasa hati makin berputik pulak ..
Entah kenapa !! Entah mengapa !!
Kadang-kadang bila memandang handphone pun boleh tersenyum sendirian
mungkin sebab ..................?
nak kate gila waras lagi rase nye
kadang-kadang rasa x senang duduk memikir perkara yang sama
biarlah masa jadi penentu
biarlah Allah yang menentukan segalanya
kita sebagai hamba hanye perlu terus usaha supaya apa yang kita inginkan dapat kita miliki

Harap pilihan ku itu jadi kepunyaan ku hingga hujung nyawa .. :)

18 February 2013

Sejarah


Sejarah !!
Sejarah banyak mengajar kita, sejarah banyak mendidik kita dan sejarah juga banyak mendewasakan kita
melalui sejarah kita banyak belajar membina kehidupan dan menjalani kehidupan
adakala sejarah lampau menyiksakan dan adakala menggembirakan
adakala sejarah yang bakal terukir memberi seribu kepahitan dan adakala sejarah yang bakal terukir memberi sejuta kegembiraan
"kita boleh belajar dari sejarah tetapi kita tidak boleh mengikuti sejarah"
masa lampau adalah masa yang terbaik kite pelajari untuk membina masa depan yang indah kekal abadi hingga hujung nyawa
masa lampau banyak mengajar aku, mendidik aku dan mendewasakan aku
aku banyak belajar dari sejarah lampau aku yang dulu nya hitam dan cuba kembali jernih
mampukah aku, mampukah aku, mampukah aku !!!
"melakukan lebih baik dari hanya sekadar berkata-kata"
berusaha aku membina kehidupan yang lebih cerah di masa hadapan
supaya masa depan aku dan keturunan aku tidak mengikut jejak langkah aku
"dan aku MATI sebagai ISLAM sejati"
Ya ALLAH , Jauh kan lah aku dari segala kejahatan dunia dan dekatkan lah aku pada jalan kebaikan MU
Tempatkan lah keturunan ku, waris-waris ku dan kaum kerabat ku di tempat orang-orang yang mulia di sisi MU Ya ALLAH



Arwahyarham Atok
Yang paling rapat dengan saya,berkongsi cerita kehidupannya dan banyak memahami saya yang penting kalau saya salah dalam bab agama atok la orang pertama yang akan marah saya. Biasa lah atok nie kuat pegangan agama nya. Shahir ingat segala pesanan atok.

Arwahyarhamah Nenek
Rafeah Binti Ibrahim
Yang banyak memanjakan saya. kalau mak ngan ayah marah saya nenek la datang backup. hehe. rindu kenangan bersama nya

Arwahyarhamah Mak Lang Bergambar Bersama Ayah
Supiah Binti Abdul Manap
Yang banyak memberi nasihat pada saya. mendidik saya menjadi orang berguna

  • Arwahyarham Abdul Manap Bin Lanjong ( Atok ) - Yang banyak memberi kasih sayang pada saya walaupon dalam keadaan uzur
  • Arwahyarhamah Bedah ( Nenek ) - Yang banyak memberi motivasi kepada saya
  • Arwahyarham Hashim ( Pak Lang ) - Yang banyak memberi nasihat dan bertanya khabar akan pembelajaran saya. biasa la pak lang saya bekas cikgu. hehe

Mereka la orang-orang penting yang pergi mendahului saya. Segala kenangan, segala didikan, segala tunjuk ajar dan segala nasihat tidak pernah saya lupakan sampai bila-bila. Selagi saya bernyawa saya akan sentiasa mengingati mereka. Hanya doa dan Al-Fatihah dapat saya berikan supaya mereka di tempat kan di antara orang-orang yang beriman. Amin ..

- Muhammad Shahir Bin Mohmad Lamin -

13 February 2013

CUTI vs STUDY !!!


Oke 3 hari berjalan2 dari terengganu pergi ke kelantan pergi balik ke terengganu memang meninggalkan seribu keletihan .. rase nak demam pon ade .. dengan tido yang x cukup .. tapi Alhamdulillah walaupon dalam keadaan letih semua nye selamat sampai ke destinasi masing2 selepas puas bercuti yg meninggalkan berjuta2 kenangan pahit dan manis .. sekarang mood cuti kene buang jauh2 .. biarlah tinggalkan ia sebagai kenangan saja .. kerana assgment yg banyak menanti utk disiapkan .. malas sungguh rase nye .. pensyarah seakan2 tidak memahami cuti adalah utk merehatkan minda .. bukan membebankan nya lagi .. hahhh walau ape pon alasan, tugasan yg diberi harus disiapkan juga kerana itu semua kunci kejayaan aku di masa hadapan .. Jadi ape lagi tunggu .. Study, Study, Study .. ZZZZZzzzzzz

Di sini ada beberapa tatapan gambar 3 hari di kelantan dan terengganu ..

KELUARGA SAYA

KELUARGA ACU (MAK CIK)

KELUARGA IBU (MAK CIK)

KELUARGA SUPIAN (SEPUPU)

HAHAHA PANTANG NAMPAK KAMERA MASING2

KAKAK DENGAN ANAK SEPUPU (WANIE)

DATUK-DATUK ( KEPADA CUCU NYA) HAHAHA

SEPUPU SAYA (PEACE)

SEPUPU2 SAYA DAN KAKAK

SAYA LAAA .. HAHA

AYAH DAN MAK SAYA 
( MOHMAD LAMIN BIN ABDUL MANAP DAN RAHIR BINTI MOHD RAMLI )


Hahaha ini je muka2 yang pergi bercuti sekali .. yang lain semua nya sibuk x dapat nak join sekali .. kalau semua join sekali kan best .. xpe la lain kali ade rezeki semua join sekali .. Yeahhhhhh !!!! ZZZZZzzzzzzz









07 February 2013

Perjalanan


Wahhh esok semua student dah mula pulang ke kampung halaman masing2 .. Mood bercuti semua sudah smpai .. Macam2 ragam dalam kelas dan macam2 post dalam fb yg dapat dilihat .. masing2 semua nya x sabar nak bercuti .. berjumpe keluarga berjumpa kawan dan pelbagai lagi .. haha .. tapi apa pon selamat bercuti la saya ucapkan pada semua .. jagalah diri masing2 semasa bercuti .. jangan terlampau gembira sehingga mendatang kesedihan .. aku punya cuti senang .. 8/2/2013 pukul 6.30 gerak balik kl .. smpai2 kl terus siap pergi ke terengganu ada kenduri kawin cousin pula .. emm pastu dengar cerita nak ke kelantan jalan2 ke sana .. wahh cuti2 malaysia la jawab nye .. dari utara singgah ke selatan berjalan pula ke pantai timur .. bile la nak merasa sampai ke sabah sarawak pulak .. haha .. xpe ada rezeki pasti sampai jua .. tungguuuu .. ZZZzzzz

Cuti .. Cuti ... Cuti ... :)

02 February 2013

Copy & Paste


Pertama kali dalam hidup lelaki mintak maaf bukan hanya sekadar "ala sorry ar" dan bukan sekadar maaf dimulut tetapi ternyata jelas nampak melalui mata dan hati nya..Setiap susunan ayat yang dikeluarkan melalui mulut nya penuh dengan makna dan penuh dengan tanda penyesalan..Semua nya jelas dan boleh nampak mata nya bergenang dengan air mata..Ternyata dia betul-betul ihklas meminta maaf dan membuatkan hati ini terharu dengan cara nya meminta maaf..Tersentuh hati ini bila nampak mata nya bergelinang dengan air mata..Sayu nya hati tetapi tetap kuatkan semangat sebab nak tengok ending nya macam mana..Ternyata ending yang menarik dan menyebabkan hati ini terus ingin memaafkan nya..Syabas untuk anda sebab telah berjaya mencipta rekod dalam hidup saya..Awak lah lelaki yang pertama meminta maaf dengan menggunakan cara yang sangat-sangat menyentuh hati seorang perempuan..Terharu sangat  (T_T) 

Orang puji keberanian dia meminta maaf secara depan-depan walaupun pada mulanya susah nak dimulakan tetapi akhirnya dia berjaya meminta maaf..Untuk pertama kali nya orang jumpa lelaki macam dia..First time dalam hidup..Bangga dapat kenal lelaki macam dia sebelum nie xpenah pown kenal atau berkawan dengan lelaki yang macam dia..Banyak perkara yang orang rasakan first time dengan dia yang orang rasakan benda tue xkan sesekali berlaku tetapi bila kenal dengan dia benda yang orang xpenah harapkan dengan lelaki lain akhirnya dengan dia benda tue berlaku..Contohnya cara dia mintak maaf,cara dia tegur kesalahan orang,cara dia bagi nasihat dekat orang dan yang paling orang perasan cara dia layan orang..ahakzss!! ;) Apa2 pown orang mesra bila kenal dengan dia rasa senang bila dengan dia dan orang suka dia :)

Harap kita bole bersahabat baik  dan bole jadi yang terbaik..Hehehe 

Saya Siti Hajar Abdul Aziz memaafkan semua kesalahan awak Muhammad Shahir Mohmad Lamin :) 

 

COPY & PASTE DARI BLOG YANG LAIN !!

01 February 2013

Cool Vlog


Emmm !! Hari-hari aku mencari dan terus mencari tanpa hala tuju .. puas aku mencube pelbagai cara tetapi masih tidak ketemu .. Aku nak sangat tengok blog baru dia .. tapi puas aku mencari masih tidak jumpe lagi .. nak mintak rase malas pula .. lagi pon pasti dia x nak bagi .. sbb sebelum nie aku asyik2 membelek blog dia .. Aku bukan ape .. aku tengok blog dia sbb nk cube kenal isi hati dia .. melalui blog itu dia meluah kan perasaan nya .. perasaan sedih dia, perasaan geram dia, perasaan gembira dia .. Tapi xpe .. walau sesukar mana pon aku akan cube mendapatkan nye .. walaupon terpakse open laptop 48 jam tanpe menutupnya .. sampai meletop laptop nie pon aku sanggup .. asalkan aku dapat LINK BLOG DIA !!

31 January 2013

WANITA !!


Puas !!!! puas aku memikirkan pasal wanita .. wanita ini sungguh unik dan sukar untuk di fahami .. kadang2 wanita bersikap seperti mesra dengan lelaki dan kadang kala wanita bersikap dingin dengan lelaki .. persoalan bermain diminda ku .. mengapa begitu ? Aku cuba mendalami sifat-sifat yang Allah beri pada MU wahai wanita .. Semakin aku cube mendalami semakin itu sukar untuk aku fahami .. Walau bagaimana pun aku akan cube untuk selami insan yang bernama WANITA .. Bagi aku semakin sukar untuk aku fahami semakin kuat rase kita ingin mendekatinya .. Aku berharap Allah sentiase menunjukkan jalan padaku .. InsyaAllah ..

Pada MU wahai wanita walau sesukar mana pun halangan yang harus aku tempuhi walau sepedih mana pon rintangan yang harus aku lepasi aku tetap akan terus bersabar dan tenang dalam mengenali MU .. InsyaAllah jika niat KU betul dan kau lah Wanita KU Allah pasti akan membantu ..  :)

JODOH ITU RAHSIA DARI ALLAH !!!

27 January 2013

Ustaz Kazim Elias !!


Wahhh !! x sabar rase nye menunggu kedatangan Ustaz Kazim Elias ke Politeknik Seberang Perai Malam nie memberi ceramah bertajuk RASULULLAH PEMIMPIN UMMAH ..
Semenjak berada di politeknik nie boleh dikatakan hari-hari dok mendengar ceramah .. Hahaha .. Separuh orang kata bosan kalau hari2 kene ceramah tapi bagi aku ianya membina diri kita dan membantu kita daripada terhanyut jauh .. Kita dekat dunia nie kalau tak ade yang nak pimpin tangan xkan hendak kita mengikut jalan yang di redhai ALLAH S.W.T .. Selagi mampu selagi itu nak buat jahat .. Itu lah manusia tidak pernah cukup dengan semua apa yang dia ada .. Tetapi perlu ingat tidak semua manusia jahat seperti itu .. Masih ada yang indah hatinya, Cantik kelakuannya dan Baik keturunannya ..

Hahaha sudah lari dari tajuk asal nie ..
Ingat nak post pasal Ustaz Kazim Elias .. Ustaz x ceramah Aku dah ceramah dulu ..

Renung2 kan dan selamat beramal ..


23 January 2013

Kesedihan Dalam Kerinduan


Wahh esok ramai kawan pulang ke kampung halaman masing2 .. tinggal la saye di kamsis .. ade 2 sbb xnak pulang .. pertama nak pulang jauh penang ke kuala lumpur .. kedua xnak la susah2 kan keluarga .. biar lah berjauhan seketika .. tiba masa ketemu jua ..

pada kawan2 yang balik bercuti tu bergembira lah bersama keluarga .. Jangan dah syok balik kampung xnak pulang ke politeknik balik ye .. hahaha ..

Selamat Bercuti Semua !!!

 

Keluarga Saya ..

20 January 2013

Hati !!


Adakala hati akan berasa gelisah dan kadang kala hati berasa gembira .. kita mungkin kurang mengenali hati tapi banyak bermain dengan perasaan .. Menjaga hati amat la susah tetapi memberi perhatian pada perasaan begitu la senang .. cekal dan tabah kan dalam segala kemungkinan yang datang ..