Siti Hajar,
Satu
nama yang bisa melembutkan jiwa ku yang perkasa. Kau
mempunyai kuasa yang luar biasa wahai insan yang bergelar Hajar ..
Wahai Siti Hajar,
Saat
aku menulis warkah ini, di hati ini penuh rasa cinta kepadamu...
Cintakan ketaqwaanmu, cintakan ketaatanmu, cintakan agamamu, cintakan
jiwamu yang mencintaNya.... Bukan sengaja untuk aku mencintaimu, wahai Hajar ..... Tapi inilah anugerah yang diberikanNya kepadaku untuk aku
menyayangi kaummu ..
Wahai Siti Hajar,
~ Siti Hajar Binti Abdul Aziz ~
Saat
aku mencurahkan rasa hati ini, tidak putus rasa bimbang ku kepada
dirimu dan kaummu.... Baginda telah berpesan kepada kaummu agar sentiasa
berwaspada dalam setiap tindakan kerana kaummulah yang mudah untuk
menghuni neraka.... Tapi ingatlah wahai Hajar, Dia maha adil.... Dia
telah mengurniakan 1001 kemuliaan kepadamu..
Wahai Siti Hajar,
Aku
menulis warkah ini khas buatmu.... Dengan pena dan tinta yang ada inilah aku curahkan segala rasa cinta yang ku pendamkan selama
kita berjauhan.... Pena itu adalah diriku, dan tinta itu ialah
cintaku.....
Wahai Siti Hajar,
Harapanku
agar kamu terus berada dalam redhaNya..... Jadilah hambaNya yang
sentiasa mendapat rahmat dariNya..... Akan ku setia menanti dirimu
walau di mana saja kamu berada tika ini..... Dan akan ku pelihara cinta
ini hanya untukmu......
#sejujurnya
saat diri ini menulis warkah ini, mengalir tangisan di dalam hati....
tangisan kebimbangan, Kerisauan dan sayangnya ku pada dirimu #
waallahu'alam~ Siti Hajar Binti Abdul Aziz ~
No comments:
Post a Comment