shahirlamin.Blogspot.com

Blog Saya ;)



ShahirLamin Blogspot

21 May 2013

Luahan Hati Ini !!


Hidup !!
Ape itu hidup ??
Aku masih tidak mengetahui ape itu kehidupan.
Ade yang mengatakan untuk meneruskan kehidupan kita memerlukan orang yang kita sayangi.
Ade yang mengatakan dalam kehidupan kita perlu menyayangi orang yang menyayangi kita.
Hampir memasuki 21 tahun aku menjalani kehidupan.
Di lahirkan di bandar metropolitan kuala lumpur dan dibesar di kampung tempat kelahiran ibunda ku.
Aku cuba mencari kehidupan aku yang sebenar.
Merantau ke sana ke sini tanpa tujuan.
Pelbagai ragam dan kerenah manusia aku melihatnya.
Aku tidak pernah mengenal erti sebuah kasih sayang.
Dari kecil aku sering dipersalahkan atas kesilapan orang lain.
Aku tidak pernah menyalahkan siape-siape pon.
Mungkin kesilapan itu datang dari diri ku sendiri tanpa aku sedar.
2013 tahun yang bermakna buat aku.
Saat itu aku mula menjumpai hala tuju ku.
Aku mula memahami erti kehidupan.
Aku mula mengenali erti sebuah kasih dan sayang.
Sebuah Permata hadir di depan ku dengan membuka pintu hati ku.
Mengenali , Menyayangi dan Merindui silih berganti tanpa mengira hari.
Aku cuba memahami hari demi hari permata yang hadir didepan ku ini.
Aku tabah dan cekal sambil melemparkan senyuman supaya permata yang hadir sentiasa tampak berseri.
Aku sedar aku tidak punya ciri-ciri seorang pemilik permata yang berseri.
Melihat kan kepada diri ini tidak mungkin permata yang hadir ini dapat aku miliki dengan ciri-ciri diri ku ini.
Tetapi aku tetap sabar menanti.
Kerana permata ini yang sering memberi cahaya untuk menerangi diri ini walaupun kadang kala cerah kadang malap.
Kerana permata ini aku mula mengenali erti kasih dan sayang dalam diri ini.
Orang mengatakan aku Bodoh sebab tidak pernah putus asa menanti permata yang tak pasti.
Tetapi aku sentiase yakin pada diri.
Jika tujuan kita benar beristeri.
Jika tujuan kita jujur nak mengenali.
Jika hati kita ikhlas nak memperolehi.
Dengan izin Allah pasti kita akan memiliki.
Tetapi aku selalu berharap permata yang ada ini akan sentiasa menghargai kehadiran diri ini.

# 4:40 AM | 21 MAY 2013 #

No comments:

Post a Comment