shahirlamin.Blogspot.com

Blog Saya ;)



ShahirLamin Blogspot

24 May 2013

Aku Jatuh Cinta !!!!


Kehadiranmu memberi seribu erti
Kehadiranmu memberi kekuatan dalam diri
kehadiranmu memberi kebahagian dalam diri

Hadirmu tak ku duga
bertemu , bercinta dan bersama
membina kebahagian bersama-sama

Keperibadianmu mencuri hatiku
Kebaikkanmu menyentuh jiwaku
Kecantikkanmu melemahkan diriku

Akan ku pelihara cinta ini
Akan ku jaga perhubungan ini

Kerana diriku sayang kepadamu !!!

Dikau tanggungjawab ku dan amanah dari ALLAH :)

~ SH ~
100% Dari hati ini .. Tiada kopi dan pasta ;)

I Give You My Heart


Love you

21 May 2013

Luahan Hati Ini !!


Hidup !!
Ape itu hidup ??
Aku masih tidak mengetahui ape itu kehidupan.
Ade yang mengatakan untuk meneruskan kehidupan kita memerlukan orang yang kita sayangi.
Ade yang mengatakan dalam kehidupan kita perlu menyayangi orang yang menyayangi kita.
Hampir memasuki 21 tahun aku menjalani kehidupan.
Di lahirkan di bandar metropolitan kuala lumpur dan dibesar di kampung tempat kelahiran ibunda ku.
Aku cuba mencari kehidupan aku yang sebenar.
Merantau ke sana ke sini tanpa tujuan.
Pelbagai ragam dan kerenah manusia aku melihatnya.
Aku tidak pernah mengenal erti sebuah kasih sayang.
Dari kecil aku sering dipersalahkan atas kesilapan orang lain.
Aku tidak pernah menyalahkan siape-siape pon.
Mungkin kesilapan itu datang dari diri ku sendiri tanpa aku sedar.
2013 tahun yang bermakna buat aku.
Saat itu aku mula menjumpai hala tuju ku.
Aku mula memahami erti kehidupan.
Aku mula mengenali erti sebuah kasih dan sayang.
Sebuah Permata hadir di depan ku dengan membuka pintu hati ku.
Mengenali , Menyayangi dan Merindui silih berganti tanpa mengira hari.
Aku cuba memahami hari demi hari permata yang hadir didepan ku ini.
Aku tabah dan cekal sambil melemparkan senyuman supaya permata yang hadir sentiasa tampak berseri.
Aku sedar aku tidak punya ciri-ciri seorang pemilik permata yang berseri.
Melihat kan kepada diri ini tidak mungkin permata yang hadir ini dapat aku miliki dengan ciri-ciri diri ku ini.
Tetapi aku tetap sabar menanti.
Kerana permata ini yang sering memberi cahaya untuk menerangi diri ini walaupun kadang kala cerah kadang malap.
Kerana permata ini aku mula mengenali erti kasih dan sayang dalam diri ini.
Orang mengatakan aku Bodoh sebab tidak pernah putus asa menanti permata yang tak pasti.
Tetapi aku sentiase yakin pada diri.
Jika tujuan kita benar beristeri.
Jika tujuan kita jujur nak mengenali.
Jika hati kita ikhlas nak memperolehi.
Dengan izin Allah pasti kita akan memiliki.
Tetapi aku selalu berharap permata yang ada ini akan sentiasa menghargai kehadiran diri ini.

# 4:40 AM | 21 MAY 2013 #

18 May 2013

Ikhlas Untuk Awak !!!


Siti Hajar,
Satu nama yang bisa melembutkan jiwa ku yang perkasa. Kau mempunyai kuasa yang luar biasa wahai insan yang bergelar Hajar ..
Wahai Siti Hajar,
Saat aku menulis warkah ini, di hati ini penuh rasa cinta kepadamu... Cintakan ketaqwaanmu, cintakan ketaatanmu, cintakan agamamu, cintakan jiwamu yang mencintaNya.... Bukan sengaja untuk aku mencintaimu, wahai Hajar ..... Tapi inilah anugerah yang diberikanNya kepadaku untuk aku menyayangi kaummu ..
Wahai Siti Hajar,
Saat aku mencurahkan rasa hati ini, tidak putus rasa bimbang ku kepada dirimu dan kaummu.... Baginda telah berpesan kepada kaummu agar sentiasa berwaspada dalam setiap tindakan kerana kaummulah yang mudah untuk menghuni neraka.... Tapi ingatlah wahai Hajar, Dia maha adil.... Dia telah mengurniakan 1001 kemuliaan kepadamu..
Wahai Siti Hajar,
Aku menulis warkah ini khas buatmu.... Dengan pena dan tinta yang ada inilah aku curahkan segala rasa cinta yang ku pendamkan selama kita berjauhan.... Pena itu adalah diriku, dan tinta itu ialah cintaku.....
Wahai Siti Hajar,
Harapanku agar kamu terus berada dalam redhaNya..... Jadilah hambaNya yang sentiasa mendapat rahmat dariNya..... Akan ku setia menanti dirimu walau di mana saja kamu berada tika ini..... Dan akan ku pelihara cinta ini hanya untukmu......

#sejujurnya saat diri ini menulis warkah ini, mengalir tangisan di dalam hati....  tangisan kebimbangan, Kerisauan dan sayangnya ku pada dirimu #
waallahu'alam

~ Siti Hajar Binti Abdul Aziz ~

03 May 2013

Perpisahan Ini Biarlah Seketika


Banyak kenangan bila saya bersama awak .. saat suka , saat duka awak bersama saya .. jujur saya katakan saya gembira bila bersama awak .. kita keluar makan bersama .. kita berlajar bersama .. kita jogging bersama .. kita keluar jalan2 bersama dan kita beridah di tasik bersama2 .. kita banyak ketawa bersama , sedih bersama dan kadang2 saya merajuk dengan awak .. awak tabah untuk pujuk saya walaupon hati saya nie degil .. awak x pernah sesekali putus asa untuk buat saya senyum kembali .. Bila bersama awak saya suke tengok senyuman awak .. sepanjang kita bersama saya harap awak maafkan salah silap saya jika ade terguris hati awak, buat awak bersedih, buat awak marah tapi bile awak marah kan comeyyy angaattttt .. saya harap ini biarlah perpisahan seketika buat kita .. harap kita bertemu kembali , bersama kembali macam saat2 gembira kita bersama .. saya tak boleh lupakan awak dan tak nak lupakan awak sampai bila2 .. :)

Siti Hajar Binti Abdul Aziz